Latihan Kemahiran PERCUMA dan Tawaran PEKERJAAN Untuk Belia Malaysia

 

PENGENALAN

Apakah

program

SMARTECH-RI4?

SMARTECH-Ri4 adalah singkatan bermaksud Smart Technician Revolution Industri 4.0 merupakan sebuah Projek Agenda Sosial Belia yanag digerakkan oleh FEDERASI KEBANGSAAN PEKERJA BELIA (FKPB) dengan kerjasama MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) dan sokongan Rakan Strategik Industri kami.

 SMARTECH-Ri4  merupakan sebuah latihan kemahiran PERCUMA di tempat kerja sebenar dan peserta akan diberi tawaran PEKERJAAN dengan syarikat/industri yang bekerjasama di dalam program ini. Semasa latihan, para peserta akan di latih oleh pakar-pakar industri yang berkemahiran tinggi di dalam syarikat/industri berkaitan.

 Objektif SMARTECH-Ri4 ialah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Agenda Sosial Belia di mana mampu menangani beberapa isu sosial seperti pengangguran di kalangan belia, keciciran akademik, peluang lanjutan belajar walaupun pencapaian akademik rendah, pendidikan percuma, peluang kepada buat belia berisiko dan banyak lagi.

 SMARTECH-Ri4 HANYALAH UNTUK MEREKA YANG BERSEDIA MEMBINA KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA DAN CEMERLANG SERTA KOMITED UNTUK BEKERJA.

 “Revolusi Industri 4.0 akan mengubah kehidupan dan cara kita bekerja. Beritahu kami cita-cita anda, kami berikan laluan mencapai cita-cita itu lalu kami sediakan latihan sewajarya dari peringkat bawahan. Kemahiran dan pengetahuan tidak mencukupi, anda perlu ada SIKAP yang betul”, kata Mohammad Rizan Hassan, aktivis pembangunan belia berkemahiran yang juga merupakan Tokoh Belia Negara 2011 & Tokoh Belia ASEAN 2011.

ANDA BOLEH SERTAI KAMI

Tebuka kepada Warganegara Malaysia di kalangan belia Malaysia yang berumur 18-40 tahun tanpa mengira bangsa dan agama. Keutamaan adalah yang sihat tubuh badan. Bagi golongan Orang Kurang/Kelainan Upaya (OKU), tawaran khas akan diiklankan dan diberikan apabila ada peluang pekerjaan di industri yang bekerjasama. TIADA SYARAT AKADEMIK!

ANDA BELIA BERISIKO? PERNAH MENJADI TAHANAN ATAU DIBERI PEMULIHAN?

Lupakan masa lalu. Bina hidup baru.

Anda juga boleh bersama kami!

 APAKAH KONSEP LATIHAN?

Peserta program akan menjalani latihan kemahiran secara percuma selama 9 bulan seperti pembahagian di bawah:

 Fasa 1 selama 1 bulan: Pusat Latihan di Seremban

Peserta akan dilatih mengenai Pembangunan Insaniah (Keselamatan/Komunikasi/Etika Kerja dan lain-lain)

 Fasa 2 selama 8 bulan: Syarikat/Industri yang bekerjasama di seluruh negara

Latihan Kemahiran ditempat kerja sebenar berasaskan keperluan industri

INISIATIF

UTAMA    TENTANG KAMI     HUBUNGI KAMI     PENDAFTARAN

MEDIA SOSIAL  

ALAMAT

Federasi Kebangsaan Pekerja Belia
No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5,
Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang Selangor

HUBUNGI KAMI

admin@smartechri4.my
+03-8912 0061
+6013 – 7733 676

Privacy Policy | Terms & Conditions

SMARTECH-RI4 © Copyright 2018 - Design by Peneraju Media